ANUGERAH KECERIAAN KAMPUNG FELDA (AKKF)

02 Disember 2018 | Berita Semasa

“SAYA SAYANG FELDA, FELDA SAYANG SAYA.

SAYA MILIK FELDA, FELDA MILIK SAYA”

PENILAIAN KKF 2018 TERKINIimages (1)

Penganjuran program Anugerah Keceriaan Kampung Felda (AKKF) dijalankan saban tahun di tanah-tanah rancangan seluruh Malaysia.

Anugerah ini diberikan kepada tanah rancangan yang berjaya menguruskan kebersihan, keceriaan dan keindahan kampung paling cemerlang daripada 317 tanah rancangan Felda.  Setiapnya diwajibkan menyertai program keceriaan kampung dan tiada siapa terkecuali.

Pertandingan tahunan yang diperkenalkan bersempena sambutan 50 tahun kemerdekaan negara ini bukan sahaja menawarkan hadiah sangat tinggi bernilai RM1 juta bahkan mendukung misi sangat besar yakni mentransformasikan wajah perkampungan Felda kepada komuniti taman.

Ini sekali gus mewujudkan persekitaran bersih, bebas daripada penyakit serta membawa keceriaan tanah rancangan Felda yang boleh dijadikan contoh kepada komuniti luar bandar. Kini selepas 10 tahun pelaksanaannya, perubahan landskap perkampungan Felda pada masa ini begitu jauh ketara.

Jika dahulu Felda sinonim dianggap sebagai kawasan ‘jin bertendang’ kerana terletak jauh pedalaman serta ditemani pokok-pokok hutan, tetapi program AKKF banyak menarik minat komuniti peneroka untuk mengindahkan kampung mereka sehingga ada yang mencatat nama dalam kalendar pelancongan negara.

Sambutan warga peneroka terhadap program ini sangat menggalakkan. Mereka tidak putus asa untuk terus berusaha mencantikkan tanah rancangan. Sekiranya tidak menang, mereka belajar dan mempelbaiki kelemahan yang ada dan tidak menghairankanlah apabila persaingan tahun ini sangat sengit.

 Seterusnya,  ini juga termasuk untuk menilai hasil pertanian, potensi belia, kawasan tapak perniagaan, tarikan pelancongan, kepimpinan yang digerakkan oleh belia dan anggota Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan (JKKR).

Tidak terkecuali, penggunaan kawasan kosong, konsep edible garden, bangunan, pejabat dan kuarters kakitangan awam. Semua ini dinilai tahap kebersihan, susun atur keseluruhan kawasan perkampungan.

Kreativiti, kesungguhan serta keharmonian yang disemai menerusi semangat kebersamaan dan kebersatuan warga peneroka dalam mencantikkan persekitaran mereka, pastinya akan membuatkan ramai terpegun.

Ini termasuklah aktiviti gotong-royong yang dilakukan serta tidak berkira untuk melaburkan dana sendiri mengindahkan perkampungan mereka.

pizap.com15175629048401images (3)download

images (5) images (4)images (2)