EXPERT WORKSHOP

01 Ogos 2018 | Berita Semasa

“BENGKEL TUTORIAL MEMBUAT SARDIN & TEKNOLOGI PERIUK NOXXA”

TARIKH : 19 JULAI 2018 (KHAMIS)

MASA : 2.30 – 6.00 PETANG

TEMPAT : PUSAT INTERNET FELDA SUNGAI KLAH

DENGAN KERJASAMA :

AMWAY (MALAYSIA) SDN. BHD.

Pn Nuuriza Sutamat  & En Zainal Atan

  IMG-20180719-WA0039 20180719_151057

Para peserta yang mengikuti kelas Expert Workshop kali ini. 

PENDAHULUAN

Baru-baru ini gempar/viral berita mengatakan sardine tin mengandungi cacing!!! 

Siapa dekat sini suka makan sardin?  Mesti ramai yang suka kan, tambah pula makan dengan nasi panas-panas, lagilah sedap! Bukan golongan tua sahaja yang suka makan sardin dalam tin ni malah anak-anak kecil juga sukakannya. Mudah, cepat dan menyelerakan adalah antara daya penarik makanan dalam tin terutamanya sardin. Tetapi, kalau selalu makan makanan dalam tin ni sebenarnya tak bagus juga tau. Jadi, apa kata anda buat sardin sendiri di rumah supaya makanan yang dimasak untuk diri sendiri dan anak-anak lebih sihat! Nak tahu cara membuat sardine???  Mari kita ikuti “Expert Workshop” yang dianjurkan oleh Pusat Internet Felda Sungai Klah ini.

PELAKSANAAN PROGRAM

20180719_142828 20180719_160003

Gambar 1 : Penyediaan bahan untuk masakan.

20180719_160943 20180719_162954 20180719_163059

Gambar 2 : Sardine perlu dimasak selama 90minit untuk melembutkan tulang ikan sardine itu.

20180719_153818 20180719_155147

Gambar 3 : Selain memasak sardine para peserta juga diajar memasak pulut kuning dan kari ayam.

20180719_163701 20180719_163659 20180719_170230

Gambar 4 : Membuat kek coklat menggunakan periuk noxxa.

20180719_170747 20180719_171036 20180719_171625

Gambar 5 : Hasil yang diperolehi dari EXPERT WORKSHOP.

20180719_145052

Sijil Penghargaan Untuk Tenaga Pengajar

RESEPI

Resepi Ikan Sardin Noxxa

================

Bahan-Bahan:

~~~~~

Ikan sardin 1kg (disiang & dibersihkan)

Tomato puree 1 tin

Tomato segar 3 biji

Bawang besar 1 biji dipotong dadu

Sos cili (secukup rasa)

Garam & gula (secukup rasa)

Cara Penyediaan:

~~~~~

Setting STIR-FRY, masukan sedikit minyak, kemudian tumis bawang besar yang dipotong dadu sehingga naik bau.

Masukan tomato puree, tomato segar yang dipotong, sos cili, garam dan gula kedalam pot, kemudian masukan 1/2 gelas air, kacau rata.

Masukan ikan sardin dan susun molek molek kedalam pot.

Tutup periuk dengan penutup tekanan, set knob kepada pressure.

Tukar setting ke HIGH PRESSURE, set masa kepada 90 minit. Tekan button ON/OFF.

Tunggu sehingga periuk beep beep beep 3 kali, siap dah ikan sardin homemade anda.

SELAMAT MENCUBA.

GOLONGAN SASARAN

Golongan sasaran adalah Kelab Usahawan dan suri rumah Felda Sungai Klah dan kawasan sekitarnya.

 

OBJEKTIF

  • Menggunakan teknologi terkini
  • Mendapatkan makanan yang sihat dan bersih
  • Jimat masa
  • Tiada bahan pangawet dan bahan segar
  • Memberi ilmu dan menambahkan pendapatan para Usahawan dan para surirumah (Dengan menjual secara pack atau dibotolkan).
  • Mengeratkan silaturahim antara penduduk setempat dan pengunjung lain disamping dapat bertukar pandangan dan pengetahuan.
  • Memperkenalkan pembelajaran sepanjang hidup dalam menjana dan meningkatkan ekonomi setempat dan keluarga.

 

KESIMPULAN

 

Program ini berjaya mencapai okjektif yang telah ditetapkan dan semoga program seperti ini akan diteruskan pada masa akan datang seterusnya dapat membantu mereka menambah pengetahuan dan pendapatan.  Ini juga sebahagian dari “Long Life Learning”.

Juga memberi pengetahuan tentang cara-cara menggunakan periuk NOXXA, iaitu periuk memasak menggunakan teknologi terkini.  Periuk ini dapat menjimatkan masa, memudahkan kerja dan yang penting masakan itu sedap dan berkhasiat.  Ini juga salah satu cabang STEM (Science, Technology, Engineering & Mathematics). TESTIMONI PESERTA :

 

  • Nor Azidawati Binti Mohd Yusuf

Alhamdulilah,, program masak bersama noxxa ini sgt memberikan maanfaat yg lebih terperinci kepada warga penduduk luar bandar.

 

Program ini sangat membantu kaum wanita kerana memberi ilmu dan cara penggunaan noxxa. Dengan menggunakan noxxa elektrik ini sangat sesuai untuk isteri/ibu yang berkerja mahupun sebagai suri rumah. Malahan kaum lelaki/suami pun boleh melakukannya dengan hanya menggunakan periuk noxxa ini. Hal  demikian kerana , periuk noxxa dapat membantu bagi mereke yang tidak sempat untuk menyiapkan makanan dengan secara pantas tetapi hanya menggunakan periuk noxxa mereka dapat menyiapkan pelbagai menu dengan masa yg singkat.

 

” dengan adanya noxxa semudah ABC”

☺☺

ChikAmy MohamadYusop

 
  • Maznah Binti Bidin
 

Saya memang ada membeli periuk NOXXA ini, tapi saya nak mengetahui dengan lebih lanjut, jadi saya join kelas ini.  Memang terbaik kerana ada sessi soal jawab jadi saya boleh bertanya apa-apa yang saya kurang faham.  Lagipun saya nak mengetahui cara-cara membuat sardine seperti yang telah diwar-warkan.

Memang seronok dan teruja sekali bila dapat belajar dan tengok dengan mata sendri cara-cara memasak menggunakan periuk noxxa.  Banyak ilmu baru yang akak dapat. Maklumlah bukannya pandai sangat masak. Tapi bila dah tengok memang seronok sangat-sangat.

Baru faham, rupanya simple jer, tak payah nak tunggu lama-lama. Set masa ikut apa masakan yang kita nak buat. Misalnya menggunakan mod stim, goreng, tekanan tinggi dan panaskan.

Guna periuk tu cepat dan  pantas . Hasil masakannya  juga sedap.

Bila tengok terasa macam akak nak masak semua jenis masakan guna periuk noxxa tu je.

Rasa tak sabar nk guna. Boleh masak kek lah…

Memang rugi lah siapa yang tidak datang tengok hari itu.  Sebab semua diajar dari mula hingga akhir masakan dan yang penting sebelum dan selepas masak akan ditunjukkan cara-cara penggunaan dan membersihkannya.

Bagi saya bengkel ini memang patut diteruskan dari masa ke semasa.