EXPERT WORKSHOP 2019

02 October 2019 | Berita Semasa
Iklan yang digunakan…alhamdulillah dapat menarik ramai peserta menyertai Bengkel expert Workshop 2019 iaitu Bengkel Pembuatan Batik Shibori.

Pusat Internet Felda Sungai Klah
Tajuk Expert Workshop: TEKNIK PEMBUATAN BATIK SHIBORI
Penceramah:  ZAIFUDDIN BIN SAMSUDIN @ MUSA 
Tarikh: 21 SEPT 2019 (SABTU)
Masa: 9.30 PAGI – 12.30 TENGAHARI
Jumlah Kehadiran: 25 orang peserta
 
Rumusan Expert Workshop:
Expert Workshop Teknik Pembuatan Shibori telah dianjurkan oleh Pusat Internet Felda Sungai Klah. Bengkel ini dikendalikan oleh En.Zaifuddin Bin Samsuddin yang merupakan Pengurus D Wakaka Klasik dan juga Pengerusi Seni Warisan Kelopak 9. Bengkel yang berlangsung selama setengah hari ini memberi pendedahan kepada peserta mengenai teknik penghasilan Batik Shibori. Para peserta diberikan modul dan peralatan untuk menghasilkan Selendang bercorak Batik Shibori. Diharapkan menerusi Program Expert Wokshop ini dapat membantu para peserta menjana pendapatan melalui teknik penghasilan Batik Shibori ini selain mengangkat seni warisan Batik Malaysia ke persada antarabangsa
Penerangan mengenai teknik seperti melipat, melilit dan mengikat kain.
Setelah itu kain dibasahkan untuk menyenangkan ia menyerap warna.
Siapa yang kreatif ketika melipat akan menghasilkan shibori yang menarik.
Contoh ikatan yang dihasilkan.
Sesi penerangan untuk celupan warna.