KDB UNTUK KELAS LITERASI

18 February 2021 | Berita Semasa

Kelas Literasi juga ada menyelitkan KDB iaitu Klik Dengan Bijak supaya ibubapa dan anak-anak perihatin dengan masalah siber dimasa ini.

Klik Dengan Bijak adalah sebuah program yang membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri (self-regulation) dalam membendung masalah penyalahgunaan internet. Ia bertujuan untuk:-

  • Melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru (bijak internet)
  • Mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna Internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain
  • Memberi pendidikan kepada pengguna internet tentang kepentingan kawal selia kendiri
  • Mewujudkan persekitaran yang selamat untuk pengguna melayari internet

Program ini menitikberatkan prinsip-prinsip Rukun Negara yang dilihat sebagai merangkumi kesemua perkara yang perlu ditekankan dalam kehidupan kesemua rakyat Malaysia dari pelbagai peringkat umur dan latar belakang.