‘Kebebasan Bersuara bukan Kebebasan Berbohong’.

29 July 2020 | Berita Semasa

‘Kebebasan Bersuara bukan Kebebasan Berbohong’.

Akhir-akhir ini terdapat segelintir pengguna menjadikan media sosial sebagai medium untuk menyebarkan berita palsu dan telah menyebabkan masyarakat keliru sehingga terpengaruh dengan mesej yang disampaikan.

Objektif Kempen

• Mempromosikan nilai-nilai positif yang harus diamalkan oleh pengguna internet seperti ‘bercakap benar’, ‘bijak menilai’, ‘beringat bila bercakap’ serta memberi fokus kepada impak berita palsu kepada masyarakat.

Mesej Utama

• Jangan kongsi pembohongan, mempromosikan portal sebenarnya.my dan mengingatkan kepada rakyat Malaysia bahawa membuat dan menyebarkan kandungan palsu atau tidak benar adalah tingkah laku jelik yang tidak boleh diterima.

Tema/Slogan Kempen

• “Kebebasan Bersuara Bukan Kebebasan Berbohong”/ “Freedom of Speech but not freedom to lie”