PHOTOGRAFY & VIDEOGRAPHY & MARKETING ONLINE CLASS PUSAT INTERNET MALAYSIA (webe digital sdn bhd)

08 September 2019 | Berita Semasa
Peserta & Penceramah yang telah mengikuti kursus tersebut

Bertarikh 20 & 21hb Ogos 2019 pihak webe digital sdn bhd telah bermurah hati memberi peluang untuk kami belajar dan mendalami kursus fotografi dan videografi & Marketing online bertempat di Pusat Internet Malaysia Felda Sungai Klah. Kursus disampaikan oleh Momenthis Production dengan kerjasama SDIT.

Ini merupakan kursus yang mudah, pantas tetapi sangat efektif untuk memberikan pemahaman yang baik kepada setiap peserta kursus. Kebanyakan peserta kursus dapat memahami teknik fotografi dan videografi dalam masa setengah hari saja.

Kami juga akan dilatih untuk menghasilkan gambar yang menarik menggunakan panduan panduan dalam fotografi yang mudah difahami dan diikuti.

Setiap peserta juga akan dilatih secara teori dan secara praktikal semasa kursus.

Di dalam kursus ini, anda akan dilatih sendiri oleh Momenthis Production. Mereka merupakan jurugambar professional dan telah menjalankan pusat latihan fotografi dan videografi untuk syarikat serta artis-artis terkenal seperti Neelofa.