KELAS LITERASI 2020

05 January 2020 | Berita Semasa

KELAS LITERASI yang diadakan di Pusat Internet Malaysia Felda Sungai Klah adalah untuk menyokong Program Pendidikan Awal Kanak-kanak. Sistem pembelajaran buat masa kini mengalami perubahan yang amat pesat. Penggunaan ICT merupakan salah satu daripada kaedah baru yang mampu mencapai tujuan tersebut.

Dalam keadaan ini terdapat peranan ICT dari segi meningkatkan mutu dan mempelbagaikan penyampaian dan pengajaran melalui penggunaan internet, bahan-bahan multimedia disamping bahan-bahan yang sedia ada.  Bahan-bahan multimedia interaktif dibangunkan dengan menggunakan bahan visual grafik, teks, muzik, video serta animasi yang membantu mengukuhkan lagi kefahaman pelajar terhadap sesuatu konsep.

Kelas ini melibatkan kanak-kanak berusia 3 hingga 6 tahun. Kelas Literasi beroperasi tiga kali seminggu iaitu hari Isnin, Selasa dan Khamis bermula pada 4.00 sehingga 5.30 petang.