KELAS LITERASI 2023 DI PEDi FELDA SG KLAH
06 April 2023 | Berita SemasaKELAS LITERASI 2023 DI PEDi Felda Sungai Klah.
Kelas Literasi sesi 2023 telah bermula pada bulan April ini. Kelas ini diadakan di PEDI Felda Sungai Klah setiap hari Rabu pada jam 4.00 hingga 5.00 petang.
Kelas ini diadakan untuk menyokong Program Pendidikan Awal Kanak kanak. Melatih mereka membaca, menulis, mendengar, melukis dan bermain didalam persekitaran kondusif pembelajaran. Ini juga untuk membentuk kanak kanak untuk lebih berani bergaul sesama rakan dan mula belajar ilmu awal pembelajaran. Untuk tahun ini kelas ini melibatkan kanak kanak yang berusia 3 hingga 7 tahun.
Seiring dengan perkembangan zaman, sistem pendidikan masa kini sedang mengalami perubahan yang amat pesat. Penggunaan ICT merupakan salah satu daripada kaedah baru yang mampu mencapai tujuan tersebut. Matlamat utama mengintegrasi ICT dalam kurikulum adalah untuk membantu murid memperkembangkan kebolehan dari segi mengguna, mengurus dan memahami ICT.
Dalam keadaan ini terdapat peranan ICT dari segi meningkatkan mutu dan mempelbagaikan penyampaian dan pengajaran melalui penggunaan internet, bahan-bahan multimedia disamping bahan pengajaran yang sedia ada. Bahan-bahan multimedia interaktif dibangunkan dengan dengan menggunakan bahan visual grafik, teks, muzik, video serta animasi yang membantu mengukuhkan lagi kefahaman pelajar terhadap sesuatu konsep.
Semoga pelajar mendapat manfaat & kefahaman selama belajar di sini. Aamiin.





