KELAS ONLINE PELAJAR IPT DI PUSAT INTERNET KOMUNITI FELDA SG KLAH

01 November 2020 | Berita Semasa

Tak perlu nak panjat pokok, tak perlu nak rentas sungai atau lautan bara, tak perlu nak ke hulu ke hilir, Pusat Internet Komuniti kan ada…!!!! Gunakan kemudahan yang ada kepada para pelajar untuk belajar lebih-lebih lagi semasa tempoh ini.

Umum mengetahui Wabak Covid-19 semakin bertambah sejak kebelakangan ini. Oleh yang demikian, banyak urusan perlu dilakukan secara atas talian atau ‘online’. Begitu juga buat para pelajar IPTA dan IPTS yang dinasihatkan supaya berada di rumah masing-masing demi mencegah penularan Wabak Covid-19.

Mengambil inisiatif ‘belajar secara atas talian’, beberapa orang pelajar IPT telah membuat temujanji dengan menggunakan kemudahan di Pusat Internet Komuniti Felda Sungai Klah untuk menjalani sesi pembelajaran secara ‘online’.

Semoga kemudahan di Pusat Internet Komuniti dapat terus membantu memudahkan para pelajar sepanjang tempoh PKPP berkuatkuasa sehingga akhir Disember 2020. Ayuh bersama #CegahWabakCovid19 !