KURSUS FERTIGASI PROJEK LEMBAH HERBA FELDA (GERAN PLASMA PPP)

27 October 2020 | Berita Semasa

Program : Taklimat dan Kursus Fertigasi Untuk Projek Lembah Herba Felda

Tarikh : 20hb Oktober 2020 (Selasa)

Lokasi : Dewan Semai Bakti Felda Sg Klah

Masa : 8.30 pagi hingga 5.00 petang

Pihak JPPT Ibu Pejabat FELDA dengan kerjasama Seksyen Usahawan Wilayah Trolak mengadakan latihan bagi penggunaa Smart Fertigation Box untuk peserta yang terlibat dalam penerimaan geran plasma di bawah Projek Lembah Herba Felda.

Sebelum ini PERDANA Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, telah melancarkan Lembah Herba Wilayah Trolak dengan fasa pertama membabitkan lima tanah rancangan di zon Trolak iaitu Trolak Utara, Trolak Selatan, Trolak Timur, Sungai Klah dan Sungai Behrang meliputi kawasan seluas 59.24 hektar.

Pelancaran itu dilakukan bersempena sambutan Hari Peneroka Felda 2020 Peringkat Kebangsaan di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Felda, Kampus Tun Abdul Razak di Trolak, Sungkai.

Lembah Herba yang menjadi sebahagian daripada Program Pembangunan Peneroka akan dilaksanakan di lima tanah rancangan Felda Wilayah Trolak.

Katanya, bagi fasa pertama, sebanyak 250 keluarga dipilih untuk menyertai fertigasi pintar di bawah program Lembah Herba Wilayah Trolak. Ini bertujuan menambah pendapatan para peneroka dalam menghadapi kemelut kehidupan sekarang ini.

Di Felda Sg Klah ini tanaman herba yang akan ditanam adalah pokok belalai gajah.