PROGRAM SEMARAK DIGITAL MERDEKA PIK FELDA SUNGAI KLAH SECARA LIVE STREAMING

03 September 2021 | Berita Semasa

Live Streaming Penutup Program Semarak Digital Merdeka PIK Felda Sungai Klah telah diadakan pada 29 Ogos 2021 (Ahad) jam 10.30 pagi. Banyak pertandingan yang telah dijalankan dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari seluruh rakyat Malaysia termasuk dari Sabah dan Sarawak juga. Hadiah juga telah diumumkan pada hari tersebut.

Disamping itu juga diadakan quizizz berkenaan Klik Dengan Bijak @KDB dan berkenaan sejarah Malaysia sempena menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 64.

Pertandingan Merdeka Challenge “Gambar Anda & …. iaitu pengumpulan gambar peserta dan gambar yang dinyatakan oleh admin juga diadakan pada hari tersebut.

Sebagai selingan dipertontonkan syair dari ahli Pusat Internet Felda Sungai Klah iaitu dari anak komuniti Felda Sungai Klah sendiri.