PERTANDINGAN VIDEO PENDEK – AMALAN CARA HIDUP SIHAT OKU

25 Ogos 2018 | Berita Semasa

Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, Kementerian Kesihatan Malaysia dengan kerjasama Majlis Kebangsaan Bagi Orang Kurang Upaya  telah menganjurkan Pertandingan membuat video pendek – Amalan Cara Hidup Sihat OKU.   Pertandingan ini dilaksanakan bagi membentuk satu modul sebagai panduan kepada pelaksana untuk melaksanakan projek promosi kesihatan yang lebih berkesan dan terancang kepada golongan Orang Kelainan Upaya (OKU).

Poster_video_pendek

PERHATIAN!!! 

SESIAPA YANG BERMINAT UNTUK MENANG???

HADIAH PERTAMA : RM10,000.00 HADIAH KEDUA : RM6,000.00 HADIAH KETIGA : RM4,000.00

Jom sertai….

Pertandingan Video Pendek Amalkan Cara Hidup Sihat Dalam Kalangan Orang Kurang Upaya(OKU) Peringkat kebangsaan 2018

Untuk makluman, Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, Kementerian Kesihatan Malaysia dan Majlis Kebangsaan Bagi Orang Kurang Upaya (OKU) telah bekerjasama untuk menganjurkan Pertandingan Video Pendek “Amalkan Cara Hidup Sihat Dalam Kalangan OKU Peringkat Kebangsaan 2018” bertemakan Jom Amalkan Cara Hidup Sihat!

Mesej Video adalah berdasarkan 5 skop amalan cara hidup sihat seperti berkut :

1.Aktiviti Fizikal 2.Makan Secara Sihat 3.Taknak Merokok 4.BIjak Tangani Stress 5.Sihat Tanpa Alkohol

Turut dilampirkan poster pertandingan untuk rujukan dan maklumat lanjut berkaitan pertandingan ini boleh didapati seperti pautan berikut:

http://www.infosihat.gov.my/…/141-pertandingan-video-pendek…