PG MALL JUAL KE CHINA

03 May 2021 | Berita Semasa

PG Mall ini adalah sebuah platform e-commerce tempatan No.1 di Malaysia yang menawarkan pelbagai jenis barangan seperti keperluan harian, barangan dapur, pakaian sehinggalah barangan kesihatan serta kosmetik. Lebih istimewa lagi bila emas turut dijual di PG Mall ini okey. Emas seperti cincin, subang, rantai dan banyak lagi yang disukai oleh wanita terutamanya.

Beliau berkata demikian selepas pelancaran program ‘Jual ke China’ menerusi kerjasamanya dengan platform e-dagang terbesar China, JD.com di sini, hari ini.

Yang turut hadir Pengarah Urusan PGMall, Datuk Wira Louis Ng dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), Abu Bakar Yusof.

PGMall yang ditubuhkan pada 2017 kini platform e-dagang ketiga paling banyak dikunjungi di Malaysia.

Ketika ini, ia menawarkan sehingga dua juta produk merangkumi produk kecantikan, barang runcit, elektronik dan gaya hidup.

Mengenai kerjasama dengan JD.com, Ng berkata, pihaknya menyasarkan seramai 100 peniaga tempatan akan menyertai program ‘Jual ke China’ menjelang akhir tahun ini.

“Menerusi program ini, peniaga berpeluang untuk memasarkan produk mereka secara terus ke pasaran China. Ia menawarkan penyelesaian sehenti bagi memenuhi kehendak penjual.

“Antara perkhidmatan yang diberikan termasuk bantuan pendaftaran produk ke dalam JD.com, penterjemahan perincian produk ke dalam bahasa Cina, bahan pemasaran dan kempen serta perkhidmatan pelanggan.

“Proses yang telah diselaraskan dengan dokongan daripada JD Worldwide ini adalah penambahbaikan yang amat besar berbanding kaedah konvensional jualan ke China,” katanya.