PROGRAM AGRO TERAS DI PIM FELDA SUNGAI KLAH

20 November 2019 | Berita Semasa

PROGRAM AGRO TERAS

PEMBIAYAAN MIKRO SECARA BERKUMPULAN

Program ini adalah kerjasama antara PUSAT INTERNET MALAYSIA FELDA SUNGAI KLAH bersama AGROBANK CAWANGAN SLIM RIVER.  Kerjasama ini telah berlangsung dari bulan Mei 2018 hingga sekarang ini. 

Kami Pusat Internet Malaysia Felda Sungai Klah telah mengambil inisiatif ini untuk membantu para usahawan di sini kerana mereka amat memerlukan dana untuk membantu mereka memulakan dan memperbesarkan perniagaan mereka.

Kami juga menyediakan tempat yang selesa dan mudah untuk mereka mengadakan perjumpaan mesyuarat dan membuat pembayaran balik setiap minggu.

Segala perjumpaan, perjanjian dan bayaran balik dibuat di sini iaitu di PUSAT INTERNET MALAYSIA FELDA SUNGAI KLAH.

Kelas 1 : Penerangan Asas Berkenaan Pembiayaan Mikro Agro Teras

Agrobank menyediakan kemudahan pembiayaan mikro kepada usahawan untuk menjalankan perniagaan berasaskan pertanian dan industry asas tani.

  • Pembiayaan sehingga RM30,000.00
  • Kadar efektif serendah 8.31% setahun
  • Margin pembiayaan hingga 100%
  • Tempoh kelulusan yang singkat
  • Tanpa cagaran
2. Menghadiri Kelas Disiplin Kredit

KELAYAKAN

  • Warganegara Malaysia
  • Had umur : 21 tahun – 60 tahun pada tarikh tempoh matang pembiayaan
  • Usahawan mikro sepenuh masa /  separuh masa
  • Telah melaksanakan projek /  perniagaan sekurang-kurangnya selama 6 bulan
  • Entiti individu atau pemilik tunggal sahaja
3. Penubuhan Kumpulan

Pembentukan kumpulan dengan lima (5) orang ahli setiap kumpulan

TERMA DAN SYARAT

  • Menubuhkan kumpulan dengan lima (5) orang ahli
  • Menghadiri Mesyuarat Mingguan Agro TERAS
  • Membuat bayaran pembiayaan secara mingguan
  • Digalakkan  membuat simpanan secara mingguan
  • Telah menjalani latihan Pengukuhan Disiplin Kredit
4 : Menandatangani Perjanjian

HAD PEMBIAYAAN

  • Maksimum : RM30,000.00
  • Had pembiayaan hingga 100% daripada keseluruhan kos dan tertakluk kepada penilaian kredit dan Terma & Syarat yang ditetapkan di bawah Program Agro TERAS.