Program FSK ICT Digital

06 October 2020 | Berita Semasa
POSTER UTAMA FSK ICT DIGITAL
PROGRAM : FSK ICT DIGITAL
TARIKH : 29 SEPTEMBER 2020
PROGRAM BERMULA DARI 22 HINGGA 28 SEPTEMBER 2020

Program FSK ICT Digital ini merupakan program berbentuk digital yang diadakan oleh Pusat Internet Felda Sungai Klah untuk menggalakkan komuniti sekitar Felda Sungai Klah menggunakan platform digital. Program ini juga bertujuan memberi info kepada masyarakat berkenaan Kempen Klik Dengan Bijak terutamanya mengenai isu berita palsu yang semakin berleluasa pada masa kini. Selain itu, sempena sambutan Hari Malaysia pada 16 September 2020 ini, pihak Pusat Internet turut menyelitkan pertandingan bertemakan Kemerdekaan dan Hari Malaysia bagi memupuk semangat Cintakan Negara dalam kalangan Komuniti Felda Sungai Klah khasnya dan masyarakat sekitar secara amnya.

Melalui program ini diharapkan komuniti sekitar Felda Sungai Klah dapat membiasakan diri dengan normal baharu yang diperkenalkan oleh pihak Kerajaan Malaysia melalui Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) dan  Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan(PKPP) dalam menghadapi krisis Pandemik Covid-19.

  1. OBJEKTIF
  1. Memberi kesedaran tentang Kempen memerangi Pandemic Covid-19 melalui amalan duduk rumah, penjarakan sosial dan penjagaan kebersihan diri bersama keluarga.
  2. Menggalakkan Komuniti Felda Sungai Klah dan masyarakat sekitar menjalankan perniagaan menggunakan platform Media Sosial bagi menerapkan nilai norma baharu.
  3. Menerapkan semangat Cintakan Negara melalui pertandingan bertemakan Kemerdekaan & Sayang Malaysia.
  4. Membudayakan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi ICT dalam kalangan komuniti Felda Sg Klah dan masyarakat sekitar.
  5. Memperoleh pengetahuan dan kemahiran ICT secara kreatif untuk membantu komuniti Felda Sg Klah dalam pembelajaran dan kehidupan seharian.
  6. Memperkasa penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi ICT melalui perkongsian idea dan kemahiran teknologi.
  7. Menyampaikan maklumat kepada komuniti mengenai kempen Klik Dengan Bijak dan Sebenarnya.My.
  • KUMPULAN SASARAN

Program FSK ICT Digital ini mensasarkan seluruh komuniti Felda Sungai Klah yang terdiri daripada kanak-kanak, pelajar Sekolah Rendah dan Menengah, golongan belia dan warga emas serta semua komuniti di kawasan yang berhampiran.