PROGRAM JAMUAN HARI RAYA PUSAT INTERNET FELDA SG KLAH

04 July 2019 | Berita Semasa

Pada 14 Jun 2019(JUMAAT) yang lalu, Pusat Internet Felda Sg.Klah telah mengadakan Program Rumah Terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri. Lokasi Majlis dijalankan adalah di Dewan Semai Bakti Felda Sg.Klah, Sungkai, Perak.

Program pada kali ini bertemakan gerai-gerai makanan yang terdiri daripada Pusat Internet sendiri, Belia, JKKR, Kakitangan Felda, GPW dan beberapa badan lain yang menyajikan pelbagai jenis menu. Persiapan program diadakan sehari sebelum program dan pada sebelah pagi bermula jam 9.00pagi hingga 12.30 tengahari.

Majlis dimulakan pada jam 2.30 petang. Antara menu yang disediakan adalah Lemang, Rendang Ayam, seperti Satay, Nasi Impit, Kuah Kacang, Laksa dan Cendol, Lodeh, Roti Canai, Buah-buahan, kuih-muih. Menu-menu tersebut disediakan dengan kerjasama badan-badan NGO yang terlibat sama.

Tetamu yang hadir terdiri daripada Kakitangan Pusat Internet sekitar Sg Klah, Ketua MCMC Perak, wakil Pihak Pengurusan Webe Digital, Pengurus Felda, Kakitangan Pejabat, serta komuniti setempat. Kehadiran tetamu dianggarkan sebanyak 350 orang tetamu. Majlis bersurai pada pukul 5.30 petang.