Program Kemasyarakatan Rakan Muda Day Out Di Felda Sungai Klah
05 October 2022 | Berita SemasaProgram Kemasyarakatan Rakan Muda Day Out – Pertandingan Petanque & Act Gotong Royong :
Tarikh : 01 Oktober 2022
Hari : Sabtu
Masa : 8.00 Pagi
Tempat : Perkarangan Dewan Belia Felda Sg Klah

Telah diadakan Program Kemasyarakatan dan Pertandingan Petanque di Felda Sungai Klah pada tarikh dan masa seperti yang dinyatakan di atas. Program bermula dari 28, 29 & 30hb September setiap pagi akan diadakan gotong royong di Dewan Belia Felda Sungai Klah untuk membersihkan padang petanque. Dan kemuncaknya pada 1hb Oktober diadakan pertandingan tersebut diantara :
- Kementerian Belia Dan Sukan
- Kolej Komuniti
- Belia 4B
- Pejabat Felda Sg Klah
- JKKR Felda Sg Klah
- GPW Felda Sg Klah
Para peserta melahirkan rasa gembira menyertai pertandingan ini kerana jarang-jarang ia diadakan. Makan minum juga disediakan sepanjang program tersebut. Manakala PEDi Felda Sg Klah telah mengambil inisiatif membuat “FB Live” semasa hari kejadian. Link video adalah seperti dibawah.
Terima kasih kepada Kementerian Belia Dan Sukan serta Kolej Komuniti kerana bergotong royong dan memilih Felda Sungai Klah sebagai lokasi program.