PROGRAM SEMARAK DIGITAL AKHIR LIVE FB

22 March 2021 | Berita Semasa
  • PROGRAM : SEMARAK DIGITAL PUSAT INTERNET KOMUNITI FELDA SUNGAI KLAH
  • TARIKH : 21 MAC 2021 (AHAD)
  • MASA : 11.00 PAGI
  • LOKASI : PUSAT INTERNET KOMUNITI FELDA SUNGAI KLAH
Di antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan semasa program

Program Semarak Digital Pusat Internet Felda Sungai Klah ini merupakan program berbentuk digital yang diadakan di Pusat Internet Komuniti Felda Sungai Klah untuk menggalakkan komuniti sekitar Felda Sungai Klah khasnya & seluruh Malaysia amnya,  menggunakan platform digital. Program ini berlangsung dari 10hb Mac 2021 hingga 21hb Mac 2021.

Pertandingan yang dijalankan adalah Video Kreatif 1 – Legend!!!  Kuih Muih Tradisional, Video Kreatif 2 – DIY PKP Barangan Terpakai (Teknologi), Digital Poster – Pengurusan Maklumat Covid-19, Photo Art Creativity – Beautiful Scenery, Wordwall Quiz (Anagram) Kategori 1 (4-6 tahun) – Quiz Tahun Baru Cina & Kategori 2 (7-12 tahun) – Klik Dengan Bijak & Berita Palsu, Puzzle Jigsaw – Kempen MCMC dan juga Quizzez – Tema STEM.

Program Semarak Digital ini merupakan program berbentuk digital yang diadakan oleh Pusat Internet Felda Sungai Klah untuk menggalakkan komuniti sekitar Felda Sungai Klah menggunakan platform digital. Program ini juga bertujuan memberi info kepada masyarakat berkenaan Kempen Klik Dengan Bijak terutamanya mengenai isu berita palsu yang semakin berleluasa pada masa kini.. Selain itu, sempena Perayaan Tahun Baru Cina, pihak Pusat Internet turut menyelitkan kuiz bertemakan Tahun Baru Cina kerana komuniti Felda Sungai Klah terdiri dari masyarakat majmuk iaitu Melayu, Cina, India dan juga orang asli.

Program penutup diadakan pada 21hb Mac 2021 di mana kami bersiaran secara FB Live bermula jam 11.00 pagi hingga jam 1.00 tengahari. Pengisian program penutup dimulakan dengan Demonstrasi Membuat “Chicken Tortilla Wrap” oleh Usahawan Felda Sg Klah.  Kemudian Program diteruskan dengan penerangan ringkas mengenai semua aktiviti yang dijalankan,  seterusnya perkongsian info mengenai Truth Campaign MCMC, tips Covid-19 dan sesi pengumuman pemenang. Program penutup turut diserikan dengan soalan kuiz spontan mengenai program, kempen MCMC, Isu Covid-19 dan mengenai Pusat Internet.

Selain itu, kami juga memperkenalkan usahawan yang terdapat di Felda Sungai Klah ini iaitu Usahawan Digital Fildza Zainal iaitu seorang Penulis konten (content) dari PORTAL NIAGAKINI yang juga merupakan usahawan jualan online FIESHAWARDROBE, personal shopper produk IKEA dan juga MUA (Make Up Artist). Kami telah berkongsi bagaimana NIAGAKINI membantu usahawan IKS memperkenalkan perniagaan mereka.  Beliau juga tidak lokek berkongsi ilmu tentang tips-tips untuk menjalankan perniagaan online di facebook dan pengalaman beliau bersama Pusat Internet Felda Sungai Klah. 

Kedua adalah Usahawan Makanan kami berkongsi tutorial membuat “Chicken Tortilla Wrap” dengan cara mudah.

Alhamdulillah, program kali ini berjalan dengan lancar sepertimana yang telah dirancang dan mendapat sambutan yang menggalakkan dari semua lapisan masyarakat. Pihak pusat internet juga turut menerima maklumbalas positif dari para peserta dari seluruh Malaysia. Diharapkan semoga program ini dapat memberi info kepada masyarakat berkenaan Kempen Klik Dengan Bijak terutamanya mengenai isu berita palsu, Kebebasan Bersuara Bukan Kebebasan Berbohong, yang semakin berleluasa pada masa kini. Dan juga memberi kesedaran langkah-langkah untuk memutuskan rantaian COVID-19 seperti yang disarankan oleh kerajaan.