PROGRAM USAHAWAN ANGKAT PUSAT INTERNET @PEDi FSK
20 January 2022 | Berita SemasaTarikh : 7, 8 & 9 Januari 2022
Masa : 9.00 – 5.00 petang
Telah berlangsung Program Usahawan Angkat di Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia atau panggilan mesranya PEDi. Dahulu dikenali sebagai Pusat Internet Komuniti. Program ini dijalankan oleh PEDi kelolaan Webe Digital Sdn. Bhd. Program ini telah dijalankan dari bulan November 2021 hingga Januari 2022.
Tujuan program ini adalah memberi ilmu dan menunjukkan jalan serta memberi kemahiran kepada usahawan.
Hal ini kerana kemahiran ini boleh memupuk sifat berdikari dalam menguruskan kewangan dalam diri seseorang. Individu yang mempunyai kemahiran ini mestilah mempunyai daya kreativiti dan minat yang tinggi dalam bidang usahawan. Mereka hendaklah menghayati prinsip usahawan, perjuangan pada masa akan datang.
Setiap peserta diberikan masa 10 minit untuk menyahut CABARAN PEMBENTANGAN BMC iaitu membentangkan mengenai perniagaan mereka kepada para juri. Tujuan program ini diadakan adalah untuk mendedahkan aktiviti keusahawanan seperti pemasaran dalam talian, kewangan, sijil halal dan sebagainya. 2 orang peserta dari setiap 9 PEDi telah mendapat hadiah RM1,000.00. TAHNIAH diucapkan kepada mereka.