SEMARAK DIGITAL MERDEKA PIK FELDA SUNGAI KLAH

05 September 2021 | Berita Semasa

Pada 6 Ogos hingga 29 Ogos 2021 yang lalu Pusat Internet Komuniti (PIK) Felda Sungai Klah telah mengadakan Program Semarak Digital Merdeka. Objektif program ini adalah demi meningkatkan ilmu pengetahuan terhadap sejarah Kemerdekaan Negara serta menyemai sifat cintakan Negara Malaysia.

Antara gelagat peserta

Pelbagai pertandingan yang dijalankan antaranya adalah Powtoon Animasi Kemerdekaan, Pertandingan Cipta & Sampaikan Pantun Merdeka, Cipta & Deklamasikan Sajak Merdeka, Fotografi Merdeka, DIY Rumah dengan Bendera, Merdeka Photo Challenge, Quizziz Klik Dengan Bijak & Kemerdekaan dan lain-lain pertandingan yang bertemakan kemerdekaan.

Hasil Animasi Powtoon Kemerdekaan Para peserta

Penyertaan yang diterima sangat menggalakkan dari komuniti setempat. Tidak ketinggalan juga komuniti luar Felda Sungai Klah. Para peserta begitu bersemangat mempersembahkan bakat masing-masing. Pengumuman Pemenang dan Penutup Program telah dijalankan pada 29 Ogos 2021 secara live di FB Page PIK Felda Sungai Klah. Program berjalan lancar dan mendapat maklum balas positif dari para peserta. Semoga program seperti ini dapat diteruskan.