SESI LIVE FB PROGRAM PENUTUP FSK SEMARAK DIGITAL RAMADHAN RAYA

13 June 2021 | Berita Semasa
Sesi Live FB dan Poster utama Program

Bagi menyemarakkan sambutan Bulan Ramadhan dan Syawal dengan aktiviti-aktiviti berfaedah, Pusat Internet Komuniti Felda Sungai Klah (PIKFSK) telah mengadakan Program Semarak Digital Ramadhan Raya. Program ini bertujuan membudayakan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi ICT dalam kalangan komuniti Felda Sungai Klah dan masyarakat sekitar. Program ini telah berlangsung bermula 11 Mei 2021 hingga 11 Jun 2021 bersamaan 29 Ramadhan 1442H hingga 30 Syawal 1442H.

Pelbagai program diadakan secara atas talian termasuklah Tadarus Al-Quran Perdana Norma Baharu, pemberian bubur lambuk secara Drive Thru di Masjid Jamek Felda Sungai Klah. Seterusnya Pertandingan yang dijalankan adalah Video Kreatif 1 – Pertandingan Hafazan Kategori 1(4-6 tahun), Video Kreatif 2 – Pertandingan Hafazan Kategori 1(4-6 tahun), Pertandingan Video Kreatif 3 – Menu Raya PKP, Pertandingan Photo Kreatif – Selfie Raya, Pertandingan Rekacipta E-Card Raya, Pertandingan Tik Tok Raya Kreatif, Pertandingan Digital Karaoke Lagu Raya dan Kuiz Digital-Quizzez Jawi.

Program penutup dan pengumuman pemenang telah diadakan pada 11 Jun 2021(Jumaat) di mana kami bersiaran secara FB Live bermula jam 10.45 pagi hingga jam 12.30 tengahari.  Program Semarak Digital Ramadhan Raya ini turut memberi perkongsian info bermanfaat kepada masyarakat berkenaan Kempen Terbaru yang dilaksanakan oleh PIK Felda Sg.Klah terutamanya Perkhidmatan Pendaftaran Vaksin Covid-19 dan Kempen Klik Dengan Bijak.  Pihak Pusat Internet Felda Sungai Klah turut memberi galakkan kepada komuniti untuk menerima suntikan vaksin Covid-19, menyebar luaskan info mengenai Program Vaksinasi Negara dalam melindungi diri, keluarga dan masyarakat.

Pengisian program penutup dimulakan dengan kata aluan dari Pengurus dan Penolong Pengurus Pusat Internet Felda Sungai Klah. Program diteruskan dengan penerangan ringkas mengenai semua aktiviti yang dijalankan, seterusnya perkongsian info mengenai Kempen Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Kempen Klik Dengan Bijak MCMC, pematuhan SOP Covid-19 dan sesi pengumuman pemenang. Program diselangselikan dengan kuiz spontan berkaitan isu semasa, pengetahuan am, kempen MCMC dan mengenai Pusat Internet Komuniti.

Pihak pusat internet juga turut menerima maklumbalas positif dari para peserta dari seluruh Malaysia. Diharapkan program ini dapat memberi manfaat kepada masyarakat dalam menjadi pengguna internet yang bijak terutamanya mengenai isu penyebaran berita palsu, buli siber dan penipuan atas talian yang semakin berleluasa pada masa kini. Semoga Program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang.