SIARAN TV DIGITAL myFreeview – 15 saluran percuma & tanpa yuran bulanan.

30 October 2019 | Berita Semasa

RAMAI masih tidak menyedari tentang kewujudan myFreeview iaitu siaran TV digital yang diwujudkan dalam usaha kerajaan Malaysia untuk memberhentikan siaran analog secara berperingkat.

Projek dikenali sebagai DTT (Televisyen Terestrial Digital) itu adalah inisiatif Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dan diselia oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dalam menyediakan khidmat penyiaran TV dan radio terbaik kepada rakyat.

Paling penting semua siaran menerusi myFreeview adalah percuma dan tiada bayaran bulanan.


Pusat Internet Malaysia Felda Sungai Klah juga mengambil insiatif menerangkan berkenaan myFreeview tv kepada orang ramai.