Soalan Lazim

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN KERJA SEMASA PKP

Ikuti garis panduan pelaksanaan perkhidmatan pemasangan dan penyelenggaraan internet sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Sebarang kerja pemasangan jalur lebar talian tetap, pembaikan, penyelenggaraan rangkaian dan pemasangan infrastruktur baharu boleh dijalankan tetapi perlu mengambil kira tahap keselamatan para pelanggan dan pekerja syarikat penyedia perkhidmatan, serta situasi semasa di lokasi yang dikenal pasti berisiko tinggi dengan jangkitan COVID-19. #COVID19 #Internet #JalurLebar #MCMC #PerintahKawalanPergerakan #Telekomunikasi

BELAJAR STARFALL.COM

    BELAJAR DARI LAMAN WEB PERCUMA STARFALL.COM DI PI1M FELDA SUNGAI KLAH
 
    20170131_170815 20170131_170717
 
    Pelajar Tadika dan Literasi diajar menggunakan website Starfall.com semasa di dalam kelas. Ia adalah laman web percuma untuk mengajar asas-asas membaca. Ciri-ciri buku dan permainan fonik interaktif. permainan Phonics untuk setiap huruf abjad.
 
    20170131_161901 20170203_105257

KELAS AL-QURAN

PROGRAM : KELAS AL-QURAN

TARIKH : 26HB MEI 2016

PESERTA : 8 ORANG

IMG-20160526-WA0022 IMG-20160526-WA0020

Kelas Usahawan PI1M Minggu Kedua

Kelas Minggu kedua diadakan pada tarikh 2/3/2016.  Ini kerana minggu yang sepatutnya diadakan kelas kedua-dua penyelia PI1M menghadiri kursus yang diadakan di Langkawi. Pada kelas hari ini para usahawan diajar cara memasarkan produk melalui pages facebook.  Ada juga para usahawan belum membuka akaun facebook mereka sendiri.  Di sinilah bermulanya cabaran pertama mereka iaitu membuka akaun dan membuat email mereka sendiri. Para usahawan juga diajar cara-cara untuk mempromosikan page yang telah dibuat untuk mendapatkan sejuta "Like".  Tidak lupa untuk meng "Log Out" dari facebook supaya facebook tidak di hack oleh orang lain. Minggu depan akan dipantau samada para usahawan telah memiliki online banking mereka sendiri.1 1 2 3 4 5 6 7 IMG-20160302-WA0064 IMG-20160302-WA0065 IMG-20160302-WA0066 IMG_20160302_103535_BURST1 IMG_20160302_103610_HDR IMG_20160302_114219_BURST1

Bagaimanakah cara untuk saya memohon Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) di kawasan saya?

Pemilihan lokasi PI1M adalah berdasarkan kepada tinjauan dan lawatan tapak mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh SKMM dengan kerjasama agensi Kerajaan pusat dan negeri yang berkaitan. Perlantikan pemberi perkhidmatan bagi melaksanakan PI1M adalah melalui proses tender terbuka kepada pemegang-pemegang lesen di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM 1998).

Bagaimanakah kaedah pelaksanaan projek Pusat Internet 1Malaysia (PI1M)?

Proses pelaksanaan PI1M adalah melalui kaedah tender terbuka mengikut peraturan-peraturan Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP). Sila rujuk www.skmm.gov.my; dari semasa ke semasa bagi pemberitahuan tender.

Adakah terdapat syarat-syarat khusus untuk membida projek Pusat Internet 1Malaysia? Adakah orang awam boleh memohon untuk membuka Pusat Internet 1Malaysia ini?

Pihak pembida hendaklah merupakan pemegang lesen Pemberi Perkhidmatan Rangkaian Individu (NSP(I)),Pemberi Perkhidmatan Kemudahan Rangkaian Individu (NFP(I)) dan Pemberi Perkhidmatan Aplikasi Kelas (ASP(C)) di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Sila rujuk kepada Bahagian Pelesenan SKMM untuk keterangan lanjut.

Apakah kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan di Pusat Internet 1Malaysia (PI1M)?

Perkhidmatan yang disediakan adalah capaian internet jalur lebar berkelajuan tinggi, perkhidmatan Wi-Fi bagi capaian penduduk sekitar, kemudahan IT terkini seperti 20 buah komputer dan perisian, perkhidmatan faks, pencetak, program latihan ICT dan pembangunan modal insan dan aktiviti berkaitan yang akan diuruskan oleh pengurus dan pembantu pengurus.

Siapakah yang boleh mengunjungi Pusat Internet 1Malaysia (PI1M)?

Penggunaan PI1M adalah terbuka kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira usia.

Adakah saya perlu mendaftar untuk menggunakan kemudahan di Pusat Internet 1Malaysia (PI1M)?

Pengguna digalakkan untuk mendaftar sebagai ahli PI1M bagi menikmati kadar yang lebih murah bagi setiap kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan.

Adakah saya akan dikenakan caj sekiranya menggunakan kemudahan atau perkhidmatan yang disediakan di Pusat Internet 1Malaysia (PI1M)?

Terdapat kemudahan dan perkhidmatan yang dikenakan dengan kadar caj yang rendah dan berpatutan.

Saya berminat untuk mengikut program latihan ICT di Pusat Internet 1Malaysia (PI1M). Berapakah kadar yang dikenakan bagi setiap program latihan?

Tiada bayaran akan dikenakan ke atas setiap program latihan yang disediakan. Anda dinasihatkan untuk berhubung dengan pengurus PI1M yang berhampiran untuk keterangan lanjut.

Apakah perbezaan di antara Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) dengan cybercafe sediada?

Setiap penggunaan komputer PI1M adalah dipantau oleh Sistem Pemantauan Berpusat dan pengurus bagi memastikan tiada sebarang penyalahgunaan. Selain itu, terdapat juga kempen kesedaran dan panduan penggunaan internet kepada pengguna.