SOLIDARITI UNTUKMU PALESTIN!!

21 May 2021 | Berita Semasa
Sesi Google Meet bersama peserta Program Solidariti Untukmu Palestin

Pada 21 Mei 2020 (Jumaat) telah berlangsung Program Bacaan Yassin dan Qunut Nazilah Yang dianjurkan oleh Pertubuhan Wanita Prihatin dengan Kerjasama Aman Palestin Perak bagi bersoladiriti demi Aqsa yang tercinta. Program berlangsung secara atas talian menggunakan aplikasi Google Meeting bermula jam 10.00 pagi hingga jam 12.00 tengahari.

Program kali ini mendapat penyertaan dari 96 orang peserta terdiri daripada Staff Pusat Internet Negeri Perak, Staff Aman Palestin Perak dan juga ahli Pertubuhan Wanita Prihatin.

Majlis turut mengupas isu, sejarah dan berita panas daripada Gaza bersama Panel Jemputan Pengerusi Aman Palestin Perak, Ustaz Shahruzzaman Bistamam. Banyak info-info menarik yang telah dikongsikan oleh Panel Ustaz Sharuzzaman dan turut menjawab pelagai soalan daripada peserta.

Alhamdulillah, Program berjalan lancar dan diharapkan program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang dengan mendapat lebih banyak sokongan dan penyertaan dari orang awam.

Ayuh semua bangkit💪 demi Palestin!!!
#freepalestin
#savepalestin
#prayforpalestin
#alaqsamosque
#malaysia