#mcmc Posts

Webinar: 2021 MCMC Research Symposium Series No. 8, “BEYOND THE PANDEMIC: ROAD TO SUSIOINABLE SOCIO-ECONOMIC RECOVERY”

https://zoom.us/webinar/register/WN_dpHVSVpvS368CluwnaJBJw

Anda dijemput untuk menyertai Webinar: 2021 MCMC Research Symposium Series No. 8, “BEYOND THE PANDEMIC: ROAD TO SUSIOINABLE SOCIO-ECONOMIC RECOVERY”.
Perincian Webinar adalah seperti berikut:
Tarikh: 7 Julai 2021
Masa: 8:30 pagi – 12:35 tengahari

Simposium Penyelidikan 2021 ini akan mempamerkan dan membincangkan pembiayaan MCMC terpilih dalam fokus tematik tahun ini “Beyond the Pandemic: The Road to Sustainable Sosio-Economic Recovery”. Tema 2021 ini selaras dengan usaha negara untuk pulih dari kesan sosial dan ekonomi wabak COVID-19 dengan latar belakang usaha SKMM dalam mencapai sasaran JENDELA dan usaha nasional yang lebih luas dalam merealisasikan Pelan Pembangunan Ekonomi Digital Malaysia.

Pendaftaran dibuat berdasarkan urutan first-come-first-served basis. Tidak ada bayaran untuk webinar ini tetapi anda mesti mendaftar untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai log masuk ke webinar ini.

Anda boleh mendaftar sendiri di: https://zoom.us/webinar/register/WN_dpHVSVpvS368CluwnaJBJw Pendaftaran ditutup pada hari Isnin, 05 Julai 2021.

#COVID19#DSRG#JENDELA#MCMC#MenangBersama

SESI LIVE FB PROGRAM PENUTUP FSK SEMARAK DIGITAL RAMADHAN RAYA

Sesi Live FB dan Poster utama Program

Bagi menyemarakkan sambutan Bulan Ramadhan dan Syawal dengan aktiviti-aktiviti berfaedah, Pusat Internet Komuniti Felda Sungai Klah (PIKFSK) telah mengadakan Program Semarak Digital Ramadhan Raya. Program ini bertujuan membudayakan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi ICT dalam kalangan komuniti Felda Sungai Klah dan masyarakat sekitar. Program ini telah berlangsung bermula 11 Mei 2021 hingga 11 Jun 2021 bersamaan 29 Ramadhan 1442H hingga 30 Syawal 1442H.

Pelbagai program diadakan secara atas talian termasuklah Tadarus Al-Quran Perdana Norma Baharu, pemberian bubur lambuk secara Drive Thru di Masjid Jamek Felda Sungai Klah. Seterusnya Pertandingan yang dijalankan adalah Video Kreatif 1 – Pertandingan Hafazan Kategori 1(4-6 tahun), Video Kreatif 2 – Pertandingan Hafazan Kategori 1(4-6 tahun), Pertandingan Video Kreatif 3 – Menu Raya PKP, Pertandingan Photo Kreatif – Selfie Raya, Pertandingan Rekacipta E-Card Raya, Pertandingan Tik Tok Raya Kreatif, Pertandingan Digital Karaoke Lagu Raya dan Kuiz Digital-Quizzez Jawi.

Program penutup dan pengumuman pemenang telah diadakan pada 11 Jun 2021(Jumaat) di mana kami bersiaran secara FB Live bermula jam 10.45 pagi hingga jam 12.30 tengahari.  Program Semarak Digital Ramadhan Raya ini turut memberi perkongsian info bermanfaat kepada masyarakat berkenaan Kempen Terbaru yang dilaksanakan oleh PIK Felda Sg.Klah terutamanya Perkhidmatan Pendaftaran Vaksin Covid-19 dan Kempen Klik Dengan Bijak.  Pihak Pusat Internet Felda Sungai Klah turut memberi galakkan kepada komuniti untuk menerima suntikan vaksin Covid-19, menyebar luaskan info mengenai Program Vaksinasi Negara dalam melindungi diri, keluarga dan masyarakat.

Pengisian program penutup dimulakan dengan kata aluan dari Pengurus dan Penolong Pengurus Pusat Internet Felda Sungai Klah. Program diteruskan dengan penerangan ringkas mengenai semua aktiviti yang dijalankan, seterusnya perkongsian info mengenai Kempen Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Kempen Klik Dengan Bijak MCMC, pematuhan SOP Covid-19 dan sesi pengumuman pemenang. Program diselangselikan dengan kuiz spontan berkaitan isu semasa, pengetahuan am, kempen MCMC dan mengenai Pusat Internet Komuniti.

Pihak pusat internet juga turut menerima maklumbalas positif dari para peserta dari seluruh Malaysia. Diharapkan program ini dapat memberi manfaat kepada masyarakat dalam menjadi pengguna internet yang bijak terutamanya mengenai isu penyebaran berita palsu, buli siber dan penipuan atas talian yang semakin berleluasa pada masa kini. Semoga Program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang.

FSK SEMARAK DIGITAL RAMADHAN RAYA KEMBALI

https://www.facebook.com/pi1mfeldasgklah

Pusat Internet Felda Sungai Klah kembali lagi dengan :
Program SEMARAK DIGITAL RAMADHAN RAYA!!!🎉

Pelbagai Pertandingan kami adakan secara digital untuk anda antaranya Pertandingan Hafazan Kategori 1&2, Foto Kreatif Raya, Tiktok Raya, Video Tutorial Menu Raya, Digital Karaoke Raya dan lain-lain lagi. Poster setiap pertandingan bersama syarat-syarat anda boleh rujuk di FB Page PUSAT INTERNET FELDA SG.KLAH atau klik link di bawah:
 https://www.facebook.com/pi1mfeldasgklah

So jangan lupa FOLLOW & LIKE & SUBSCRIBE semua Platform Digital kami termasuk FB Page, Instagram & Youtube Channel kami.

JOM JADI PEMENANG TOP FAN BERTUAH KAMI!!! 😍😍😍

Langkah 1 : Pastikan anda Like, Follow & Subscribe FB Page, Instagram & Youtube Channel Kami (Pi Sgklah).
Langkah 2 : Sharekan Poster ini di Wall Fb Anda & Page-page Komuniti Bersama Hashtags #Fskramadhanraya #Pikfsk
Langkah 3 : Tag Rakan-rakan Anda di Ruangan Komen Poster Ini
Langkah 4 : Pastikan Anda Sentiasa Aktif Share & Komen Di Fb Page Kami dan Mendapat Button Badge Top Fan.
Semoga Berjaya!!!!!
Hadiah Menarik Menanti Pemenang Bertuah!!!


PIK PUSAT MOBILISASI BANTUAN PENDAFTARAN COVID-19

Jom ke PIK berdekatan anda, Kami sedia membantu

Pusat Internet Komuniti (PIK) di seluruh negara telah dimobilisasikan sebagai pusat bantuan bagi pendaftaran Vaksin Covid-19 melalui aplikasi Mysejahtera. Ia adalah sebagai salah satu usaha membantu orang awam, termasuk warga emas, yang menghadapi kesukaran untuk mendaftar sebagai penerima vaksin Covid-19 melalui aplikasi MySejahtera.

Menurut kenyataan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), kakitangan PIK yang bertugas sepenuh masa di pusat internet akan membantu melicinkan proses pendaftaran. Terdapat juga paparan poster di PIK mengenai pendaftaran vaksin Covid-19 melalui MySejahtera bagi memaklumkan kepada orang awam.

Menerusi usaha ini diharap sedikit sebanyak dapat membantu meningkatkan tahap kesedaran dalam kalangan rakyat mengenai pentingnya proses vaksinasi dalam membantu kerajaan memerangi pandemik Covid-19.

Bagi orang ramai yang masih belum mendaftar sebagai penerima vaksin Covid-19, boleh terus ke PIK berdekatan anda untuk mendaftar sebagai penerima vaksin.

LINDUNG DIRI, LINDUNG SEMUA.

Bagi yang telah mempunyai Aplikasi Mysejahtera, boleh ikuti panduan ini

PROGRAM FSK ICT DIGITAL

Program FSK ICT Digital ini merupakan program berbentuk digital yang diadakan oleh Pusat Internet Felda Sungai Klah untuk menggalakkan komuniti sekitar Felda Sungai Klah menggunakan platform digital.

Pelbagai Pertandingan berbentuk digital diadakan antaranya Pertandingan Video Usahawan Kreatif, Video Landskap ’My Edible Garden’ , Video Digital Story Telling, Digital Coloring Contest, Digital Poster Contest, Video Digital Baby Dance Channel, Photo Contest – Pakaian Tradisional Malaysia, Digital Karaoke Contest, Photo Contest – Smartphone Fotography dan banyak lagi aktiviti yang menarik.

Pertandingan ini diadakan bertujuan untuk menyemai sifat keusahawan dalam diri peserta dan memupuk penggunaan Media Digital sebagai platform mempromosikan perniagaan produk tempatan.

Selain itu, Online Quiz turut diadakan bagi menguji minda para peserta berkaitan Sejarah Penubuhan Malaysia dan isu berita palsu yang semakin berleluasa. Tidak dilupakan, program MCMC Klik Dengan Bijak turut dijalankan melalui Online Kuiz teka silangkata.

Pusat Internet turut memberi peluang kepada usahawan di Felda Sungai Klah mempromosikan produk jualan melalui sesi Live FB khas Bersama Usahawan Tempatan di Pusat Internet. Sesi penutup dan penyampaian hadiah turut diadakan melalui LIVE FB bagi menarik lebih ramai followers dan menarik minat masyarakat untuk menggunakan platform media sosial untuk berhubung dengan Pusat Internet.

Diharapkan program ini dapat membudayakan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi ICT dalam kalangan komuniti Felda Sg Klah serta seluruh masyarakat. Semoga masyarakat dapat memperoleh pengetahuan dan kemahiran ICT secara kreatif dalam pembelajaran dan kehidupan seharian melalui pertandingan yang diadakan.