#sgklah Posts

FSK SEMARAK DIGITAL RAMADHAN RAYA KEMBALI

https://www.facebook.com/pi1mfeldasgklah

Pusat Internet Felda Sungai Klah kembali lagi dengan :
Program SEMARAK DIGITAL RAMADHAN RAYA!!!πŸŽ‰

Pelbagai Pertandingan kami adakan secara digital untuk anda antaranya Pertandingan Hafazan Kategori 1&2, Foto Kreatif Raya, Tiktok Raya, Video Tutorial Menu Raya, Digital Karaoke Raya dan lain-lain lagi. Poster setiap pertandingan bersama syarat-syarat anda boleh rujuk di FB Page PUSAT INTERNET FELDA SG.KLAH atau klik link di bawah:
 https://www.facebook.com/pi1mfeldasgklah

So jangan lupa FOLLOW & LIKE & SUBSCRIBE semua Platform Digital kami termasuk FB Page, Instagram & Youtube Channel kami.

JOM JADI PEMENANG TOP FAN BERTUAH KAMI!!! 😍😍😍

Langkah 1 : Pastikan anda Like, Follow & Subscribe FB Page, Instagram & Youtube Channel Kami (Pi Sgklah).
Langkah 2 : Sharekan Poster ini di Wall Fb Anda & Page-page Komuniti Bersama Hashtags #Fskramadhanraya #Pikfsk
Langkah 3 : Tag Rakan-rakan Anda di Ruangan Komen Poster Ini
Langkah 4 : Pastikan Anda Sentiasa Aktif Share & Komen Di Fb Page Kami dan Mendapat Button Badge Top Fan.
Semoga Berjaya!!!!!
Hadiah Menarik Menanti Pemenang Bertuah!!!


PROGRAM FSK ICT DIGITAL

Program FSK ICT Digital ini merupakan program berbentuk digital yang diadakan oleh Pusat Internet Felda Sungai Klah untuk menggalakkan komuniti sekitar Felda Sungai Klah menggunakan platform digital.

Pelbagai Pertandingan berbentuk digital diadakan antaranya Pertandingan Video Usahawan Kreatif, Video Landskap ’My Edible Garden’ , Video Digital Story Telling, Digital Coloring Contest, Digital Poster Contest, Video Digital Baby Dance Channel, Photo Contest – Pakaian Tradisional Malaysia, Digital Karaoke Contest, Photo Contest – Smartphone Fotography dan banyak lagi aktiviti yang menarik.

Pertandingan ini diadakan bertujuan untuk menyemai sifat keusahawan dalam diri peserta dan memupuk penggunaan Media Digital sebagai platform mempromosikan perniagaan produk tempatan.

Selain itu, Online Quiz turut diadakan bagi menguji minda para peserta berkaitan Sejarah Penubuhan Malaysia dan isu berita palsu yang semakin berleluasa. Tidak dilupakan, program MCMC Klik Dengan Bijak turut dijalankan melalui Online Kuiz teka silangkata.

Pusat Internet turut memberi peluang kepada usahawan di Felda Sungai Klah mempromosikan produk jualan melalui sesi Live FB khas Bersama Usahawan Tempatan di Pusat Internet. Sesi penutup dan penyampaian hadiah turut diadakan melalui LIVE FB bagi menarik lebih ramai followers dan menarik minat masyarakat untuk menggunakan platform media sosial untuk berhubung dengan Pusat Internet.

Diharapkan program ini dapat membudayakan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi ICT dalam kalangan komuniti Felda Sg Klah serta seluruh masyarakat. Semoga masyarakat dapat memperoleh pengetahuan dan kemahiran ICT secara kreatif dalam pembelajaran dan kehidupan seharian melalui pertandingan yang diadakan.

PROGRAM KOMUNITI DIGITAL PUSAT INTERNET FELDA SG KLAH

Program Komuniti Digital Pusat Internet Felda Sg.Klah merupakan program berbentuk ICT untuk masyarakat sekitar Felda Sg. Klah. Program ini pertama kali diperkenalkan kepada komuniti bagi tahun 2020 ini bagi memperkasakan penggunaan teknologi maklumat dalam kalangan komuniti sekitar Felda Sungai Klah.

Tujuan program ini diadakan adalah bagi menggalakkan Komuniti sekitar menjalankan perniagaan menggunakan platform digital Media Sosial. Selain itu, melalui program ini juga dapat memberi pengetahuan dan kemahiran ICT secara kreatif untuk membantu komuniti Felda Sg Klah dalam pembelajaran dan kehidupan seharian.

Program Komuniti Digital Felda Sungai Klah ini telah diadakan pada 23 Februari 2020 bermula jam 9.00 pagi hingga jam 5.00 petang. Antara aktiviti yang dijalankan adalah Bengkel Asas Membaiki Telefon Bimbit yang disampaikan oleh En.Shahir dari Rizqkids Phone Repair. Bengkel dijalankan di Bilik Latihan Pusat Internet Felda Sungai Klah bermula jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari.

Program juga turut menyediakan Pameran Mobile Counter dari bank-bank tempatan seperti Maybank Cawangan Bidor, Tabung Haji Cawangan Slim River dan Agrobank Cawangan Slim River. Pihak Maybank turut memperkenalkan aplikasi MAE-Maybank E-Wallet kepada pengunjung dan perkhidmatan perbankan internet kepada komuniti Felda Sungai Klah.

Pusat internet juga turut menganjurkan pertandingan E-Coloring, Puzzle Online, Kahoot.it, Quizziz, Typing Master, QR Code Challenge, Pertandingan Tutorial Video Kreatif, Pertandingan Video Challenge Jom Masak, Pertandingan Food Photo Challenge, E-Sport (PUBG Mobile), Digital Fun Games, aktiviti sukaneka dan pertandingan Live Facebook Karaoke.

Program Komuniti Digital ini mensasarkan seluruh komuniti Felda Sungai Klah yang terdiri daripada kanak-kanak, pelajar Sekolah Rendah dan Menengah, golongan belia dan warga emas serta semua komuniti di kawasan yang sekitar Felda Sungai Klah. Program berjalan lancar dan mendapat sambutan yang menggalakkan dari komuniti. Semoga program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang.

KELAS TUTION MATEMATIK DI PIM FELDA SG KLAH

1 2 3 4 5 6 7 8

Tarikh: Bermula Mac 2019 hingga Disember 2019

Masa: 10.00 – 12.30 Tengahari (Setiap Ahad)

Lokasi: Pusat Internet Felda Sg Klah

Pusat Internet Felda Sg Klah telah menganjurkan kelas Tution Matematik kepada pelajar Sekolah Rendah Felda Sg Klah. Kelas Tution ini diadakan bagi membantu para pelajar yang lemah dalam mata pelajaran Matematik.

Kelas tambahan yang diadakan memfokus kepada teknik menjawab soalan di mana para pelajar diberi latihan dan diajar teknik-teknik menjawab soalan dengan pantas. Kelas tution ini terbuka kepada pelajar tahun 4, 5 dan 6.

Diharapkan melalui kelas tambahan ini, dapat membantu para pelajar Sekolah Rendah Felda Sg Klah untuk meningkatkan kemahiran dan prestasi para pelajar semasa menghadapi peperiksaan.